Assalamualaikum

Ya Allah permudahkan lah urusan Muhamad Zul Helmi bin Roslan dunia dan akhirat . Aamiin

30/06/2017

RAYA !

SELAMAT HARI RAYA
AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN !


Assalamualaikum semua . Okay baru ada chance nak buat karangan dalam ni . Lama tak buat karangan sebab lupa password ! #cabai

Okay disini walaupun dah raya ke-6 , masih belum terlambat aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin dari aku dan keluarga . Maafkan salah dan silap aku dan keluarga sepanjang perkenalan . 

Terima kasih Ya Allah , aku masih diberi peluang untuk menyambut hari raya tahun ni dengan family dan sahabat handai . 

Macam raya2 sebelum ni , biasa la hari raya pertama aku dengan family lah . Selepas solat sunat raya aku beraya dulu kat rumah Tok belah bapak aku , yg agak jauh dr rumah aku dekat belakang rumah aku ja pun . Hahahaha . Okay sampai tengahari aku gerak pulak pi rumah Opah belah mak aku , yg dekat jugak , dekat Kg. Boyan . Hahahaha . Okay sampai Maghrib jugak la kt sini . Malam aku pi main snooker 😅 sampai subuh . 

Raya kedua sama jugak mcm raya2 sebelum ni , rumah aku ada buat makan2 sikit panggil adik beradik , jiran dan sahabat handai . Menu utama Laksa Anjang ! Seharian la duduk rumah layan tetamu . Tak menang tangan la orang tak berhenti mai raya . 

Dan hari2 raya berikutnya aku dah malas nak tulis panjang2 . Beraya lah aku ke rumah sahabat2 aku . 
Ke sana , ke sini pi raya . #cabai #letih

Kesimpulannya , aku kalau tulis panjang2 pun bukan ada orang nak baca . Hahahah , balik2 aku ja yg baca , mcm syok sendiri . Hahahha sekurang2nya aku save memori2 penting kt dalam ni . Senang nak tengok balik tarikh2 penting dan peristiwa penting dalam hidup aku . 

Sehingga ketemu lagi . Sekali lagi aku nak ucap SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN . 

Assalamualaikum . 

No comments:

Post a Comment